SEJARAH PENUBUHAN KADET POLIS

PASUKAN BERUNIFORM KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri para pelajar.



Idea penubuhan Pasukan Kadet Polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:



Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa” .

Monday, March 21, 2011

Pekhemahan Kadet Polis Wanita SMK Kulim kerjasama dengan SMK Kulim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di sini dimaklumkan bahawa Pasukan Kadet Polis SMK Kulim dan SMK Lunas akan mengadakan satu perkhemahan selama 2 hari 1 malam pada 15 - 16 April 2011 ini bertempat di SMK Lunas. 20 orang ahli Kadet Polis SMK Kulim akan dipilih untuk menyertai perkhemahan ini. Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang dari 20 peserta tersebut, sila berikan nama anda pada PN NORHAFIZAN BT ABD WAHAB sebelum 01hb April 2011.

Jangan lepaskan peluang ini, kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang perkhemahan itu. Di antaranya, Pertandingan Memasang khemah, Pertandingan Memasak dalam Buluh, Pertandingan Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Confident Walk, sesi ceramah pertolongan cemas dan pengenalan senjata api kepada ahli Kadet, dan banyak lagi.

Segala pertanyaan dan aduan, bolehlah berjumpa dengan mana-mana guru Kadet Polis SMK Kulim pada bila-bila masa sahaja.

Sekian, harap maklum.